Monday, 07 September 2009 was a Public Holiday for Selangor. Therefore, whoever are working or schooling under this state was granted a PH in conjunction of the first verse of the Holy Al-Quran to our beloved Prophet Muhammad P.B.H.
Just to share the "Tazkirah" by Ustaz Zawawi on TV9 "Tanyalah Ustaz". It's only part of it as downloading wasn't that good this evening.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
"Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq".
HAYATI LAH AL-QURAN DAN JADIKANLAH IA PEGANGAN DAN PEDOMAN, INSYAALLAH HIDUP AKAN LEBIH BERMAKNA DAN DIRAHMATI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT. KERANA KITAB SUCI ITU ADALAH DARI ALLAH S.W.T. DITURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD KEKASIH ALLAH. DAN TENTUNYA UMAT MUHAMMAD TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG DIKASIHI ALLAH. UNTUK MENDAPAT KASIH SAYANG ALLAH DAN NABI KITA MESTILAH MENYAYANGI SETIAP YANG DITIPI KEPADA KITA.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment