Walaupun perjuangan belum selesai. Sebab selepas ini Adik akan menduduki satu lagi peperiksaan darjah 6 untuk Sekolah Agama, UPSRA. (7 subjek)
Secara keseluruhannnya Adik telah menjalani peperiksaan UPSR dengan jayanya, tanpa ada apa-apa halangan, atas bantuan ALLAH jua. Alhamdulillah & Syukur!
Doa ku sentiasa mengiringi Adik dengan doa di dalam setiap solat dan Solat Sunat Hajat memohon keredaan ALLAH agar Adik lulus cemerlang dalam setiap subject. Semoga Adik akan mendapat 5A dan sekali gus dapat melayakkan diri beliau ke Sekolah Menengah yang baik dan cemerlang. Ameen!!!
NAZAR ku apabila Adik mendapat 5A, aku akan berpuasa sebanyak 3 hari kerana Mu, Ya ALLAH! Begitulah tingginya harapan dan doa aku sekiranya ALLAH memakbulkan dan mengizinkannya berlaku.
Lihatlah wajah-wajah ceria dan rasa lega orang baru habis peperiksaan.
Seisi keluarga dan orang-orang terdekat sangat concern dan risau untuk Adik. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Adik! We love you so much! Mwah! xoxoxoxoxoxo
No comments:
Post a Comment