==============================
Hari ini kami akan ke HERMANUS untuk melihat ikan paus timbul Itu pun kalau kami bernasib baik. Kami bertolak seperti biasa jam 9.00 pagi. Perjalanan agak jauh. Melalui lereng2 bukit, turun bukit menuju ke pantai. Sepatutunya kami boleh sampai dlm 1 jam setengah tapi oleh kerana ada sedikit kesesakan jalaraya maka ia telah mengambil masa 2 jam.
Pemandangan yg amat menarik dengan ladang2 anggur, apple dan gandum. Mereka juga menanam pokok2 pine untuk dibuat kertas. Perladangan agak baik juga memandangkan climate yg sesuai untuk tanaman2 tersebut.
Melihat dari atas bukit. Kot2 la boleh nampak ikan paus timbul.

Menunggu "whale" atau ikan paus yg tak muncul2

Dapat duduk di replika ekor ikan paus pun jadi lah!

Sepatutnya kami dapat melihat ikan paus dari jarak begini.

Sebenarnya ikan2 paus banyak dalam bulan Ogos dan November. Itu adalah musim mengawan. Walau bagaimanapun kami berusaha juga untuk sampai ke sana. Sempat juga kami membeli belah di sana.
No comments:
Post a Comment