Pada 02 jan 2010, bertempat di Allson Klana ResortSeremban, sahabatku Puan Rosmawati dan Suaminya En.Helmi atau lebih mesra dipanggil Abi,telah mengahwinkan anak sulung mereka Trina bersama pasangannya.Lupa pula nama beliau. Trina ialah pramugari MAS(ikut jejak langkah ibunya,Ros) dan pasangannya ialah seorang juruterbang muda MAS.
Agak kelakar juga yg mana malam itu semasa keluar dari rumah hujan memang lebat sekali. Dalam keadaan tergesa-gesa dan aku dengan confidentnya terus menuju ke Royal Bintang dulu dikenali Royal Adalphe (tak pasti ejaannya-hentam aje. Asalkan ada bunyi nye...heheheh) Kami sempat duduk bersalaman dan dapat door gifts. Bila pengantin mula masuk ke dewan baru aku tersedar nama pengantin di backdrop tak sama.
Rupanya kami salah majlis. Aku dan suami terus bangun keluar dan memulangkan semula door gifts dan meminta maaf kerana tersalah masuk majlis.
Mujur lah tak makan lagi......Ampunnnnnnn
Seronoknya di majlis Ros tu aku dapat berjumpa ngan beberapa sahabat lama. Ada yg tak sempat bergambar.
So layannnnn......
The only picture of the bride & bridegroom yg sempat dirakam. Sebab pengantin busy sangat...
Ibu pengantin, Rosmawati & me
Me, Intan & her daughter Syabira.
Left to right- Abah, Zain, Me, Rahilah & Intan
From left to right- Rahilah, Datin Diana, Faridah Hanim, Datin Roy & Me
With Sylvia Rundy