Mereka semua adalah adik beradik ibu ku. Kerana bapa ku adalah anak tunggal.
Terkenang semasa aku membesar di sana sehingga aku di hantar balik ke Melaka apabila usia ku 06 tahun untuk memulakan persekolahan. Aku telah diletak dibawah penjagaan nenek dan datuk sebelah bapaku.
Oleh kerana aku adalah anak sulong, jadi hanya aku seorang yang bersekolah di Melaka pada masa itu. Sedangkan adik2 ku yang lain semuanya bersekolah di Singapura.
Penghidupan ku agak terseksa jiwa kerana berpisah dengan adik2 dan ibubapa. Ibubapa ku sememangya menetap di sana ketika itu. Walaupun aku dijaga sebagai menatang minyak yang teramat penuh oleh datuk dan nenek ku. Tapi itu masih tidak dapat menggembirakan hati ku sebagai kanak2 yang sedang membesar. Aku masih ingat yang mana setiap kali cuti penggal persekolahan dalam terma sekarang cuti semestar, aku tidak betah tinggal di kampong. Lazimnya aku akan balik ke Singapura dan berada di sana sepanjang percutian.
Sebab itu aku bertekad, aku tak akan pisahkan anak2 ku bersama adik beradik walau apa terjadi.
Dan Alhamdulillah sehingga ke hari ini aku dapat mengotakan janji ku pada diri ku sendiri. Aku bersyukur dengan penghidupan ku hingga ke saat ini. Dan amat berbangga, apabila dapat melihat anak2 membesar didepan mata. Mengharungi susah payah bersama.
Aku tahu anak2 ku pasti appreciate itu. Tidak semua kanak2 bertuah untuk bersama ibubapa dan adik beradik sepanjang tempoh tumbesaran dan pembesaran.
Berbalik kepada sepupu ku Sham, beliau telah bernikah dengan seorang wanita Filipino yang memeluk agama Islam. Nama asal beliau ialah Rutchie Acas Valdez @ Nur Aini Abdullah Valdez.
Semoga berbahagia dan dapat membimbing Nur Aini menjadi muslimah yang baik dan solehah. Ameenn.....
Breakfast at the Pasar Baru, Geylang.
Dah lama tak makan nasi rawan.
Sekitar shopping mall di Orchard Road
Adik @Kinokunia "Books mall"
No comments:
Post a Comment