Monday, February 9, 2009

Pengkalan Balak, Melaka (07.02.09)

Last weekend, balik Kampung hajat hati nak jenguk Mak & Abah. Aku ditemani oleh Yong & Adriana. Abah tak ikut sebab Hari Ahad ada office function with his staff. Sampai kampung lebih kurang pukol 11.30 mlm. Oleh kerana kami tak beri tahu nak balik, sampai di rumah Tanjong,Mak tak de di rumah. Dia ke Lereh, jumpa Mak Alang ku yg sampai dari K.L. juga. Tapi, tak apelah sebab Abah ada kat rumah.
Pagi esok nya pulak Mak dah ada plan. Beliau ke K.L sebab ada mengaji Quran dengan kumpulan wanitanya. Dah ada aktiviti baru la pulak. Sebelum ini sibuk dgn group Marhaban. Tak apelah asalnya Mak ada aktiviti sihat dan baik utk dilakukan dlm usia sebegitu.
Lebih kurang hampir pukol 12 tgh, bertolak ke Matriks Londang utk jumpa Afif.
Rupanya tak jauh dari college Afif, terletak nya pusat peranginan Pengkalan Balak. Tak pernah tau sebelum ini.
Kami makan tengahari di sana. Bergambar merakamkan kenangan di pantainya dan lepas itu balik ke college Afif.
Selepas solat zohor di sana kami pun balik ke rumah Tanjong.
Tak lama selepas itu kami pun bertolak ke Nilai. Sampai di Nilai lebih kurang pukol 6.30 ptg.























No comments: