============================
Hari ini kami akan melawat beberapa tempat yg mesti dilawati di South Africa.
destinasi pertama ialah ke Seal Island. Terletak 5.7km dari Cape Town.
Kami akan menaiki bot untuk ke sana. Cuaca seperti biasa panas terik tapi angin sejuk sekali. Oleh kerana jam sudah lebih pukol 10 pagi mungkin jerung2 sudah pun bersarapan. Kalau nasib baik dapat melihat jerung datang membaham anjing2 laut yg terdampar atau yg berenang2 di sekitar pulau batu mereka.
Suspense jugak! Takut!eeeekkkkk.....
Ombak agak ganas juga memukul bot kami. Aku yg paling kuat menjerit. Lepas tu baru orang lain ikut...... heheehehhe
Seniman jalanan. Siap bagi Salam lagi...

Bot baru memulakan pelayaran..

Kami sampai di Seal Island. Dibelakang kami kelihatan anjing2 laut yg sedang bersantai sun-tanning. Hemmmmm......


Beratus2 atau mungkin beribu ekor anjing laut atau seal (Cape Fur Seal) yg hidup di pulau berbatu dan menjadi santapan harian jerung (Great White Shark)yg datang dari lautan.



CAMELS' ROCK
============
Batu besar yg menyerupai seekor unta ini asalnya berada di gunung. Bagi membolehkan pengunjung melihat dari dekat maka batu tersebut dibawa turun dan diletakkan di bahu jalan.

CHAPMAN'S PEAK
==============
Adalah salah sebuah jalanraya yang menarik di persisiran pantai di Afrika Selatan. Ia bermula dari Hout Bay hingga ke Chapman's Peak. Memandu sepanjang Chapman's Peak Drive memang mendebarkan apabila nun sayup di bawah terbentang Lautan Atlantik yg di sulami dengan gunung ganang. Jalanraya tersebut baru dibuka awal tahun 2009 selepas berlaku runtuhan bongkahan batu2 besar beberapa tahun lepas. Berdebar, teruja dan takjub dengan persekitaran tersebut.
Langit dan lautan yang sebiru-birunya. Hanya sesiapa yg berada di situ dapat memahami apa yg cuba ku gambarkan.
Melalui lereng gunung yang dikorek dan dipacakkan tiang bagi mengelakkan batu2 besar yg jatuh.


Subhanallah! Lihat lah betapa indah ciptaanNya.

Be careful dear! It's very high.

Afif & Abang. Chapman's Peak Drive. Jalanraya yg betul2 di cerun gunung.

CAPE OF GOOD HOPE
=================
Juga dikenali sebaagai Tanjung Harapan. Ia telah mula ditemui oleh Vasco da Gama dan Bartolomeu Dias dari Potugal. Sebelum Cape of Good Hope ia digelar "Cape of Storm". Banyak kapal yg melalui perairan di situ karam. Bila diambil kira dari sudut positif di situlah pelayaran dapat di teruskan untuk sampai ke India dan sebelah Timur. Penting untuk perdagangan dan mendapat rempah ratus dari Timur.
Memang tidak dapat ku duga aku akan sampai di tempat yg penuh bersejarah itu.
Susul galurnya sampai ke Melaka juga apabila Melaka dijajah Portugis.
Confirmed! Kami telah menjejakkan kaki ke Cape of Good Hope atau Tanjung Harapan seperti yang pernah dipelajari dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah dulu.

Nyaman & Tenang. Itu lah gambaran yang dapat ku perkatakan.

Huk! Tinggi lagi tuuu....

Memanjat ke kemuncak. Tapi tak sampai pun.Sebab tiada apa di atas cuma batu2 aje. Lebi baik ke Cape Point boleh nampak pemandangan yang lebih luas.

CAPE POINT
===========
Tidak jauh dari Cape of Good Hope kami ke Cape Point pula.Di puncak kami dapat melihat Cape of Good Hope dan beberapa tanda bekas kapal tenggelam di zaman penemuan Cape of Good Hope di Lautan Atlantik. Sepanjang perjalanan kami dapat melihat flora dan fauna liar yang menambah keaslian dan keunikan South Afrika.

To reach the Cape Point we chose to take a cable car instead of hiking.

PENGUIN WATCHING
================
Destinasi terakhir kami adalah melihat penguin di Boulders Beach. Sebelum itu kami ke Restoran Seaforth untuk makan tengahari
Penguin di SA adalah spesis penguin yg terkecil berbanding di benua lain

Pantai di mana penguin beranak pinak.Airnya dan udara di sini terlalu dingin walaupun matahari memancar panas terik.

Titi yg dibina khas menuju ke pantai di mana penguin bermain2

Di belakang kelihatan beratus2 penguin yg hidup liar di pantai tersebut.

SEKIAN BUAT KALI INI....CERITA BELUM HABIS DAHHHHH...