
Innalillahiwainnailaihirrajiuun.
Al-Fatihah, buat Alllahyarham Ustaz Asri Ibrahim.
Perginya sebutir lagi bintang di persada seni tanah air.Allahyarham bukanlah penghibur yang melalaikan kita dengan duniawi tetapi berdakwah dalam lagu. Bersama kumpulan nasyid yang tertubuh bernama "RabbanI" membawa maksud "Yang Arif dan Yang Soleh"
Salah sebuah kumpulan nasyid yang unggul dan menjadi contoh yang mana dapat bertahan bersama kumpulannya.Sebab rata-rata sesebuah kumpulan itu bila sudah mencapai "maturity stage" akan berlaku perpecahan.
Allahyarham sering dapat dilihat di kaca TV mengalunkan Azan, membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan Takbir disetiap Hari Raya selain dari bernasyid.
Begitulah orang yang baik dan istimewa itu selalu dijemput awal oleh Allah S.W.T.
Sungguh mencetuskan keinsafan. Bagaimana rapuhnya nyawa kita. Kita akan pergi bila-bila masa yang dikehendakiNya. Soalnya bersediakah kita? Kerana bila Malaikat Izrael datang memanggil tidak akan dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat pun.
Sememangnya Ustaz secara lahiriahnya, kita semua tahu seorang yang tinggi ilmu agamanya.
Semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Disalah sebuah konsert yang menggabungkan Allahyarham bersama Ustaz Akhil Hayy, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi

Allaharham bersama ahli-ahli kumpulan Rabbani

AL-FATIHAH! Ameen!